Oleh Zaky Jaafar
20/12/2015
Hari ini kesempatan berada di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak digunakan untuk menilai pengalaman berjalan kaki. Oleh kerana Hari ini hari Ahad, tidak ramai orang dapat dilihat di dalam kampus. Oleh itu pengalaman dan ulasan yang dicatatkan disini berdasarkan pemerhatian penulis sendiri tanpa ada menemuduga sesiapa.
Secara teorinya, penulis selalu beranggapan kampus UIA adalah kampus yang mesra pejalan kaki kerana dari pengalaman pemanduan ke dalam kampus ini sebelum ini membayangkan keseluruhan fasiliti pembelajaran dilingkungi oleh jalanraya kenderaan bermotor disekeliling kompeks, sedangkan pejalan kaki boleh bergerak dari satu bangunan kebangunan yang lain tanpa perlu melintasi jalan raya yang sibuk. Dari pelan susunaturnya kelihatan banyak courtyard yang dihubungi dengan laluan jalan kaki dari timur ke barat.
Dari segi teorinya, susunatur ini amat baik untuk menggalakkan pejalan kaki, mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor dan mengurangkan risiko kemalangan. Ini boleh dibandingkan dengan kebanyakan kampus universiti yang lain. Kebanyakannya bangunan dibina jauh dari bangunan lain dan kebanyakannya memerlukan kenderaan untuk bergerak dari satu kompleks ke kompleks yang lain. Dari segi susunsatur yang terlihat dari peta UIAM, seolah2 seperti pejalan kaki tidak perlu menyeberangi jalan raya yang sibuk untuk bergerak antara kompleks atau bangunan akademik.
Terdapat dua paksi utama susunatur kampus, iaitu utara selatan dan timur barat. Apabila memasuki kampus, pelawat akan memasuki dari selatan dan akan memandu kearah bangunan utama.
Walaubagaimanapun, apabila saya cuba berjalan kaki dari hujung timur ke barat, ianya tak semudah yang disangka. Diantara zon atau pun kompleks, laluan akan terhenti pada tangga ataupun dinding kosong. Ini amat menyukarkan terutama golongan berkerusi roda. Gambar dibawah menunjukkan laluan pejalan kaki yang terpaksa bertukar haluan menaiki tangga untuk ke kompleks sebelahnya.

Satu lagi perkara yang ditemui adalah sebenarnya terdapat lintasan kenderaan di dalam courtyard dimana pejalan kakki harus melintas laluan kenderaan. Ini terdapat di courtyard yang menempatkan beberapa kedai. Walaupun laluan kenderaannya satu lorong tetapi oleh kerana rapatnya dengan laluan berbumbing pejalan kaki, ia amat merbahaya. Pejalankaki tidak akan melihat kenderaan, melainkan setelah tiba betul2 di hujung koridor. (gambar dibawah). Mungkin lebih baik sekiranya di adakan bumping dan tanda amaran yang cukup.
Kesimpulannya, dari segi teori susunatur, konsep sebegini mempunai potensi untuk memberi keselesaan dan menggalakkan pnegguna berjalan kaki. namun dari segi perinciannya boleh diperbaiki dengan mengambil kira keperluan OKU, keselamatan pejalan kaki dan meminimumkan pertembungan laluan kenderaan dan pejalan kaki.